Kitab al-Anwar li A’mal al-Abrar adalah karya al-Imam al-'Allamah Syaikh Jamal al-Din Yusuf bin Ibrahim al-Ardabili (779H).
Penyusunan kitab al-Anwar berdasarkan beberapa kitab fiqh mazhab Syafi’i yang muktabar dan sering menjadi rujukan para ulama, antaranya; a) Kitab al-Syarh al-Kabir[1], al-Syarh al-Shaghir dan al-Muharrar[2]karya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad bin Abdul Karim al-Rafi‘i al-Qazwaini (624H). b) Kitab Rawdhah al-Thalibin karya Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H), c) Kitab al-Hawi al-Shaghir karya al-Imam Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini (665H), d) Kitabal-Tahzib dan al-Fatawa karya Imam Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud al-Baghawi (516H).
Menurut pengarang, kitab beliau ini mengandungi isu-isu fiqh penting yang sentiasa berlaku di kalangan orang ramai namun ianya tidak disentuh dalam kitab-kitab yang muktabar tersebut. Kitab ini tersebar luas di kebanyakan tempat dan mendapat penerimaan yang baik oleh pengikut-pengikut mazhab Syafi‘i untuk dipelajari. Fatwa-fatwa yang terkandung di dalamnya menjadi rujukan para ulama terkemudian dan disebutkan dalam karya-karya mereka.
Kitab ini telah mendapat perhatian para ulama dan telah diberikan huraian, komentar dan ringkasan. Terdapat dua kitab yang disusun sebagai komentar (hasyiah) yang telah dicetak, iaitu Hasyiah al-Kummathra dan Hasyiah al-Hajj Ibrahim.
Kitab al-Anwar ini juga ada diringkaskan oleh Jamaluddin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Fadhl al-Hadhrami dengan karya yang berjudulNur al-Abshar Mukhtashar al-Anwar. Kandungan kitab al-Anwar juga telah disusun kembali dengan beberapa tambahan (al-Zawa-id) oleh Sirajuddin Abu Hafsh ‘Umar bin Muhammad al-Yamani dengan kitabnya Anwar al-Anwar.
0 komentar
Posting Komentar