Senin, 12 Maret 2018

Biografi Imam Al-Mawardi

Beliau adalah al-Imam al-'Alim al-'Allamah Abul hasan Ali bin Muhammad bin Habib al Mawardi, seorang ulama besar yang berasal dari Basrah, Irak. Beliau dilahirkan pada tahun 364 H atau 974 H atau pada riwayat lain pada tahun 362 H atau 972 M. Ayah dan kakek beliau adalah penjual air mawar sehingga beliau dikenal dengan Al-Mawardi (asal kata ma'ul wardi). Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Keluarga beliau sentiasa mengambil berat mengenai pendidikan dan pengajiannya. Sejak kecil lagi beliau diajar al-Quran, al-Hadis, Feqah, Usul dan lain-lain dari ilmu Syariat. Beliau adalah murid dari Abu Hamid Al Asfiraini, seorang ulama madzhab Syafi'i yang sangat alim yang merupakan ashhabil wujuh.



Guru-Gurunya

Al-Mawardi telah menuntut ilmu dari ulama-ulama yang terkenal pada masa itu antaranya

1. Qadi Abu Qasim Abdul Wahid bin Husein al-Syaimiri bermazhab Syafie. Beliau telah mengarang kitab seperti al-Idha fi Mazhab, Kitab Qias wa ‘ilal, Adab Mufti wa Mustafta dan lain-lain. Beliau menuntut ilmu dari Abu Hamid al-Mawarzi dan Abu Fayad. Beliau wafat pada tahun 386H.

2. Muhammad bin Adi al-Munqari. Nisbah kepada bani Munqar bin Ubaid bin Muqa’is bin Amru bin Ka’ab.

3. Hassan bin Ali bin Muhammad al-Jily. Al-Mawardi belajar dengannya ilmu Hadis.

4. Muhammad bin al-Mu’ally al-Azdy. Al-Mawardi belajar dengannya ilmu bahasa Arab.

5. Jaafar bin Muhammad al-Fadal bin Abdullah Abu Qasim al-Daqaq. Beliau juga dikenali sebagai Ibn Marastani al-Baghdadi. Wafat pada 387 hijrah. Al-Mawardi belajar dengannya ilmu Hadis.

6. Syeikh Islam Abu Hamid, Ahmad bin Abu Tahir Muhammad bin Ahmad al-Isfarayni. Lahir pada tahun 344 hijrah. Seorang ulama Syafieyah yang terkemuka di Baghdad. Beliau menghabiskan umurnya hanya dengan ilmu di Kota Baghdad. Mempunyai ketegasan dan keberanian dalam mengatakan kebenaran. Beliau belajar feqah dengan Abu Hassan, Ibn Marzan, Abu Qassim Darki dan lain-lain ulama yang masyhur sehingga beliau menjadi ulama yang disegani.

7. Abu Muhammad, Abdullah bin Muhammad al-Bukhary terkenal dengan al-Bafi al-Khawarijmi.2 Beliau merupakan murid kepada Abu Ali bin Abu Hurairah dan Abu Ishak al-Marwazi. Al-Zahibi menyebutkan bahawa Abu Muhammad merupakan seorang yang alim, terutama dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya. Beliau telah wafat pada bulan Muharram tahun 398 hijrah dan disembahyangkan oleh al-Isfarayni.

Murid-Murid Imam al-Mawardi

1. Khatib al-Baghdadi.

Ahmad bin Ali bin Sabit bin Mahdi al-Hafiz Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi seorang ahli hadis. Beliau merupakan seorang yang banyak merantau bagi mencari guru-guru dalam bidang hadis. Beliau telah mengarang 60 buah kitab. Antara yang terkenal iaitu Tarikh al-Baghdad. Ibn Makula menyebutkan bahawa al-Baghdadi merupakan seorang ulama yang pernah saya lihat keilmuan, hafalan dan kegigihannya yang tinggi. Kekuatan mengingatkan hadis Rasulullah, mengetahui ‘illah hadis dan kesahihannya

2. Abdul Malik bin Ibrahim bin Ahmad Abu Fadal al-Hamazi al-Faradi terkenal dengan al-Maqdisi. Beliau merupakan ahli Hamazan dan menetap di Baghdad sehingga wafat. Beliau telah mendengar ilmu dari Abu Nasir bin Hubairah, Abu Fadl bin Abdon al-Faqiah dan Abu Muhammad Abdullah bin Jaafar al-Khabaj, al-Mawardi dan lain-lain. Beliau telah menghafal kitab Mujmal al-Lughah karangan Ibn Faris dan Gharibu l-Hadis karangan Ibn Ubaid. Beliau merupakan seorang yang zuhud, ahli ibadat dan warak. Beliau telah wafat pada bulan Ramadhan tahun 489 hijrah ketika berumur hampir 80 tahun.

3. Muhammad bin Ahmad bin Abdul Baqi bin Hassan bin Muhammad bin Tauqi, Abu Fada’il, al-Rabi’iyy, al-Mawsili. Menuntut ilmu dengan al-Mawardi dan Abu Ishak Syirazi. Beliau mendengar ilmu hadis dari Abu Ishak Ibrahim bin Umar al-Barmaki, Qadi Abu Taib al-Tabari, Abu Qassim al-Tanuhi, Abu Talib bin ‘Ailan, Hassan bin Ali Jauhari dan lain-lain. Beliau telah wafat pada bulan safar tahun 494 hijrah dan dikuburkan di perkuburan Sunizi.

4. Ali bin Saad bin Abdul Rahman bin Muhriz bin Abu Uthman dikenali Abu Hassan al-Abdari. Beliau telah mengarang kitab berjudul Mukhtasar al-kifayah yang menceritakan mengenai perbedan-perbedan pendapat antara para ulama. Beliau berketurunan dari bani Abdul Dar, berasal dari Mayurqah, Andalus. Beliau merupakan seorang yang alim dalam fatwa dan mengetahui perbezaan pendapat antara ulama-ulama. Beliau telah meninggalkan mazhab Ibn Hazim dan menuntut ilmu dalam mazhab Syafie dari Abu Ishak Syirazi dan Abu Bakar Syasi.

5. Mahdi bin Ali al-Isfarayni al-Qadi Abu Abdullah.
Beliau mempunyai kitab ringkasan dalam bidang feqah yang berjudul al-Isti’na’. Beliau menuntut ilmu di Baghdad pada tahun 428 hijrah dari Imam al-Mawardi, Khatib al-Baghdadi dan lain-lain.

6. Ibn Khairun
Imam al-Alim al-Hafiz al-Musnadu l-hujjah, Abu Fadli Ahmad bin Hassan bin Ahmad bin Khairun al-Baghdad al-Muqarri Ibn al-Baqalani. Dilahirkan pada tahun 406 hijrah. Mengambil ijazah daripadanya Abu Hassan Muhammad bin Ahmad bin Salat al-Ahwazi, Abu Husain bin Mutayyim, Muhammad bin Ahmad bin Mahamili dan lain-lain. Beliau mendengar ilmu dari Abu Ali bin Sazan, Abu Bakar Barkani, Ahmad bin Mahamili, Abddul Malik bin Misran dan al-Mawardi. Beliau adalah seorang yang warak, alim dan banyak meriwayatkan hadis. 

Karangan-karangannya

Diantara karangan-karangan Imam Al-Mawardi adalah:
  1. Al Hawi Kabir (Fiqh)
  2. Iqna' (Fiqh)
  3. Dalilun Nubuwwah
  4. Ahkamus Shultaniyah. Kitab ini merupakan kitab yang membahas politik Islam. Kitab ini sangat bagus untuk memahami bagaimana cara berpolitik dalam Islam.
  5. Siyasatul Muluk
  6. Qanun Al-wazarah

Imam Al-Mawardi wafat pada 30 bulan Rabi’ul Awwal tahun 450 H atau 448 H bertepatan dengan 27 Mei 1058 M. Jenazah Beliau dishalatkan oleh Al-Imam Khatib Al-Baghdadi, salah satu murid beliau yang 'alim. Beliau telah dikebumikan di perkuburan Bab Harb di Baghdad.

0 komentar

Posting Komentar